Rabu, 1 September 2010

Kenali 15 Superfoods Dalam Al-Quran (blog Mcm Mcm Ada)


Kurma merupakan tumbuhan yang tidak asing dalam kalangan penduduk negara kita terutamanya apabila menjelang Ramadan.Kurma merupakan hidangan wajib ketika berbuka puasa.Kurma atau tamar atau istilah saintifi knya, phoenix dactyloferal merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai khasiat yang begitu banyak kepada umat manusia.Allah SWT telah menyebut kalimah kurma sebanyak 21 kali dalam al-Quran.Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 25-26 yang maksudnya:

"Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu,supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka,makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan".

Daripada ayat ini,kita dapati dengan jelas Allah SWT mengarahkan Mariam a.s supaya memakan buah kurma untuk mengurangkan kesakitan bersalin dan menenangkan hati beliau ketika hendak melahirkan Isa a.s. Sekiranya ada buah yang lebih baik daripada kurma untuk menahan kesakitan bersalin nescaya Allah SWT akan mengurniakan buah tersebut kepada Mariam,tetapi ternyata tidak ada buah yang lebih baik daripada kurma di dunia ini untuk memudahkan proses bersalin.


Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah)pada waktu pagi,maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang." (Sahih Muslim:no 3813)

Terdapat pelbagai jenis kategori kurma.Ketika muda kurma dipanggil balah,manakala ketika mekar kurma dipanggil ruthob, ketika masak,kurma dipanggil tamar dan kurma kering yang keras pula dipanggil labanah.Semua jenis kurma ini mempunyai khasiat yang tersendiri.

Kandungan Nutrien

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kurma sangat kaya dengan zat galian dan vitamin.Antara zat galian dan vitamin yang terdapat dalam kurma ialah kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan E. selain itu,kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan bebas kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa.

Khasiat Kurma

Kurma mempunyai khasiat yang banyak.Antaranya kurma mampu mengelakkan penyakit,menyembuhkan penyakit, memudahkan proses bersalin, memudahkan pencernaan dan banyak lagi.
K

Tiada ulasan: