Jumaat, 26 November 2010

uweeekkkk..ish ish ish...

ishhhh..pengotor betul,tengok la...keadaan pasar nie..



Read More

mee segera 2-hujung bulan yg kronik.

kalau gaji x cukup sampai hujung bulan,itu di kira kronik la..jgn mkn benda yang boleh membuatkan penyakit kronik lak..macam mee segera ni..



Read More

Jumaat, 12 November 2010

antara solat dan aurat

solat merupakan rukun Islam kedua dan merupakan amalan yang paling utama dan paling dicintai oleh Allah Ta’ala. Ar-Rasul -alaihishshalatu wassalam- menjadikannya sebagai penjaga darah dan harta, sehingga apabila seseorang meninggalkannya maka darah dan hartanya akan terancam. Kerana sangat pentingnya solat ini,kita melihat begitu ramai masyarakat yang memberi perhatian yang amat serius dalam mendalami ilmu - ilmunya. Di masjid, surau maupun di radio, sekiranya ada soal jawab berkenaannya amat ramailah yang mengambil bahagian, bukan sekadar orang muda malahan golongan dewasa ataupun tua masih lagi bersoal jawab.
Senario ini memberi makna bahawa penjagaan solat amat dititikberatkan oleh masyarakat islam yang beriman. Atas alasan apakah solat diberi perhatian dan penelitian? Tentulah kerana masyarakat islam beriman pada Al Quran, kerana Arahan Allah tentang solat ini disampaikan oleh Al Quran yang diterjemahkan oleh nabi Muhammad saw.

Yang menjadi aneh kenapa ayat - ayat Al quran berkenaan aurat dan perhiasan tidak diberi perhatian dan penelitian seperti arahan solat khususnya kaum wanita. Contoh seperti ayat (i) Wahai Nabi!katakanlah kepada isteri - isterimu dan isteri - isteri orang mukmin,"hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka."....(QS. Al Ahzab : 59) (ii) “dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka…” (QS. an-Nur : 31).Saya tidak bermaksud untuk menterjemahkan ayat ini, tetapi ingin mengajak terutamanya diri saya sejauh mana kita patuh dan beriman dengan ayat - ayat ini.

Adakah kita taat dan patuh pada ayat ini, sepertimana kita patuh pada ayat - ayat solat. Terkadang kita melihat muslimat yang tidak menutup aurat lantas mengenakan telukung lalu bersolat. Ibu - ibu yang melabuhkan jilbabnya terkadang memperlihatkan perhiasannya. Inilah persoalan yang agak serius melanda umat islam masa kini yang tidak beriman pada Al Quran seluruhnya.

Marilah kita teguhkan iman kita dengan memberi perhatian khusus dan serius berkenaan aurat dan perhiasan seperti mana kita memberatkan bab solat.
(http://kedahlanie.blogspot.com/)


Read More

Rabu, 10 November 2010

Hasrat Ramlah Ram Bertudung Sudah Lama Dipendam

PETALING JAYA: Penyanyi Ramlah Ram muncul dengan penampilan barunya ketika menjadi artis undangan pada Separuh Akhir Muzik Muzik 25 yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Isnin.

Ramlah yang tampil sopan dengan menutup aurat dan mengenakan tudung telah menarik perhatian penonton yang menyaksikan pertandingan tersebut.

Ramlah menyampaikan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu. dan Ketentuan.

Kata Ramlah,ini adalah masa yang paling sesuai untuk dia menunaikan hasrat yang sudah lama terpendam itu.

“Hajat untuk bertudung sudah lama, tapi mungkin ketika itu belum bersedia sepenuhnya. Pada awalnya saya cuba pakai tudung ketika keluar tetapi tidak selalu.

“Secara rasminya saya bertudung baru beberapa minggu lalu dan sudah beberapa persembahan saya muncul dengan penampilan baru ini,” katanya.

Tambah Ramlah, penampilan barunya ini tidak mungkin membataskan aktiviti seni yang selama ini menjadi darah dagingnya.

“Saya masih Ramlah Ram yang lama, saya masih aktif menyanyi. Apa yang membezakan hanyalah penampilan saya.

“Saya rasa inilah imej yang sesuai dengan usia sekarang. Lagi pula saya rasa tenang selepas bertudung ini. Dari segi rezeki pula, saya hanya serahkan kepada Allah. Saya yakin saya masih boleh mencari rezeki dengan penampilan sebegini,” katanya.

Menurut Ramlah, keluarga dan peminat memberi maklum balas yang baik terhadap penghijrahannya ini.

“Keluarga sangat gembira dan menyokong saya untuk berubah. Begitu juga peminat yang beri respons positif ketika saya membuat persembahan dengan penampilan baru ini,” katanya.

Ujar Ramlah, tiada sebab yang lebih kukuh selain niat dalam hatinya untuk berubah kearah ini.

“Saya berubah bukan kerana kecewa dalam hubungan yang lalu atau menerima galakkan dari seorang lelaki baru tapi niat dalam hati yang betul-betul kuat menyuruh saya untuk menutup aurat.

“Berhubung pakaian dan persembahan, saya akan tampil dengan pakaian yang bersesuaian dengan lagu yang akan dibawa. Sekarang saya masih lagi mencari satu identiti atau trade mark yang sesuai,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ramlah juga berhasrat untuk merakamkan lagu-lagu keislaman bersesuaian dengan imej dan usianya kini.


Read More

Sabtu, 6 November 2010

Mee Segera-Penyakit Kronik

Sumber: Sinar Harian

GEORGETOWN – Senang didapati, mudah disediakan pada bila-bila masa dan harga murah antara faktor mi segera menjadi pilihan khususnya pelajar apabila lapar di waktu malam ketika mengulang kaji pelajaran.

Bagaimanapun, masih ramai yang tidak menyedari makanan segera ini boleh memudaratkan kesihatan dan kajian mendapati ia boleh menyebabkan penggemarnya mendapat pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan kanse Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata, kajian CAP ke atas 10 sampel mi segera mendapati tiga daripadanya mengandungi natrium melebihi 1,000 miligram sedangkan saranan untuk orang dewasa dan kanak-kanak berusia empat tahun adalah 2,400 miligram sehari.

“Pengambilan mi segera boleh menyebabkan pengambilan garam yang berlebihan kerana natrium sering ditambah dalam makanan harian kita dan mi segera adalah makanan yang menjalani pelbagai peringkat pemprosesan tanpa sebarang khasiat makanan.

“Mi segera adalah makanan remeh yang mengandungi karbohidrat, natrium dan pelbagai penambah perisa selain rendah khasiat seperti serat, vitamin dan galian. Perisa sup juga mengandungi ‘Monosodium Glutamate’ (MSG) yang berperanan menjadikan perisanya benar-benar tulin.(ENTRI INI SENGAJA DI ULANG SEMULA UTK PENGETAHUAN SESAMA KITA}


Read More

Khamis, 4 November 2010

Maher Zain - Insha Allah | Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله

entry kali ini pasal penyanyi yg sedang meningkat naik..best betul lagu lagunya..


Read More

Selasa, 2 November 2010

dapat award best follower

first time dapat award dari blog adik comey nie..http;//loveninasyakina.blogspot.com/...buka ajer blog dia..dapat sejambak bunga ros..dapat tgk jer lah..jadi la tu..ape pon tima kasih cik nina syakina..


Read More

Jumaat, 29 Oktober 2010

makanan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.(4)

Untuk pengetahuan, para kafir jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu jugasoya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.


Read More